Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : 1. sj ikan laut, Clupea macrura; 2. sj ikan laut, Alosa macrura; 3. = telur ~ telur ikan terubuk (biasanya dikeringkan dan di-per­dagangkan); ~ padi sj ikan laut, Clupea sinensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru.bu/] | تروبوق

Definisi : nama sj ikan laut, Clupea macrura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terubuk

Puisi
 

Ikan terubuk dua sekawan,
     Sungguh sedap dimasak kari;
Bukan saya mabuk sebarang,
     Saya mabuk menahan hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Harapkan si untung menggamit,
     kain di badan didedahkan.

Bermaksud :

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan, b. Harapkan guruh [= guntur] di langit, air tempayan ditumpahkan, c. Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan terubuk sebarang terubuk, Terubuk laut rasanya segar; Bukan bongkok sebarang bongkok, Bongkok sabut seleranya besar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Terubuk masin enak rasanya, Jadi sebutan para pelancong; Tumbuk rusuk rasuah katanya, Orang berbudi dipandang serong.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ikan terubuk mudik ke hulu, Dijaring orang banyaklah mati; Badanlah bongkok bini cemburu, Hendak melawan daya tak ada.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan terubuk mati dituba, Hendak diangkat tidak tergapai; Badanlah bongkok berbini muda, Banyaklah niat yang tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan terubuk mudik ke hulu, Dijaring orang banyaklah mati; Badanlah bongkok bini cemburu, Merantinglah badan makan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayang terubuk dipakan kupakan, Daun tunjang dimakan api; Habis lubuk kupesan akan, Ada yang bujang kusuruh berlaki.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan terubuk dua sekawan, Sungguh sedap dimasak kari; Bukan saya mabuk sebarang, Saya mabuk menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh susah mencari terubuk, Apatah lagi menggunakan jala; Sungguh rendah hati si bongkok, Ke mana pergi menundukkan kepala.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Jika mudik membawa kerang, Bawa terubuk serta tenggiri; Jika adik mabuk kepayang, Hamba mabuk merana sendiri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas