Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : = akan ~ 1. kata penghubung utk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan (bertentangan): budak itu pandai ~ pemalas; dia pemarah ~ hatinya baik; 2. (sungguhpun ...) namun: walaupun tua ~ ia masih kuat berjalan lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta.pi] | تتاڤي

Definisi : 1 kata yg digunakan utk me­nyata­kan hal yg berlawanan atau bertentangan: Budak itu pandai ~ malas. 2 namun: Sungguhpun dia tua ~ masih kuat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetapi (kata tugas)
Bersinonim dengan namun, sebaliknya, melainkan, kecuali.,

Puisi
 

Tak ada damar pasang lilin,
     Buat terang waktu malam;
Bukannya pandai bukannya alim,
     Tetapi tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(297)


Pantun

PantunSumberTema
Cukup sudah memasang api, Tetapi belum mendapat rasa, Cukup sudah abang menunggu, Tetapi adik tak acuh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup sudah orang belayar, Tetapi kolek tak mau laju; Cukup sudah abang bersabar, Tetapi adik tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup sudah memasang api, Tetapi hari tak juga terang; Cukup sudah abang menanti. Tetapi adik tak juga datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Negeri Perlis bandaraya Kangar, Pasar jaja ikan pelotan; Dinda tak nampak tetapi dengar, Tentu sahaja kerja syaitan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Makan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih secabik-cabik, Makan secabik campak ke laman; Bukan kupilih orang yang cantik, Tetapi rasa tidak berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas