Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Memakan hendak lemang,
     membeli hendak pelo.

Bermaksud :

Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.

 

Lihat selanjutnya...(6)

490

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Raja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani,Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas