Berapa dalam Sungai Kuantan, Hendak menyeberang perahu tidak; Ilmu apa tuan pakaikan, Tidur malam badan tersentak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berapa banyak bintang, Aku hitung lima ribu lima; Apa pembujuk hatimu dayang, Hati dayang tidak menerima. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah pauh disinar bulan, Dahannya repih membawa buah; Berapa jauh antara badan, Hatiku kasih tidak berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |