Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sultan Mahmud mangkat dijulang,
     Bunyi khabar di Kota Tinggi;
Sungguh tuan rimau garang,
     Ada juga tidak bergigi.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SarawakKasih
Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kuda tidak berdiri, Cicak menggigit ditendang juga; Walaupun tua tidak bergigi, Banyak duitnya dipinang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas