| Selama mendapat kedidi lubuk, Tidak berguna balam di rumah; Selama mendapat bini gemuk, Tidak berguna tilam di rumah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Ada malangnya bertabir kuning, Kurang lapis tidak berguna; Ada malangnya berbibir sumbing, Orang menangis awak tertawa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Buruk parang dimakan karat, Dibawa ke ladang tidak berguna; Buruk orang melupakan adat, Dituakan orang membawa bencana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pergi ke bukit memetik bunga, Bawa orang pulang ke hulu; Kalau cindai tidak berguna, Sutera belacu terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Buah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |