Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan belalang, Ladang pun semak tiada berpadi; Habislah kasih dipermainkan orang, Sayangnya tidak berguna lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Parang puting tidak berhulu, Kerananya tidak berguna lagi; Orang merunsing tidak bermalu, Kerananya banyak saudara benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |