Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |