| Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hanyut rakit dahan rembia, Terdampar di pantai dimakan buaya; Hitam sedikit tidak mengapa, Asallah boleh membawa kerja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Hari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sejak periuk menjadi hitam, Banyaklah berbedak arang; Sejak beruk menjadi imam, Banyaklah umat tidak sembahyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila kaki terinjak arang, Banyak sedikit tentulah hitam; Apabila hati banyak meradang, Tidak terhimpit tentulah karam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apa guna berpakaian batik, Kalau bajunya bercorak hitam; Apa guna berwajah cantik, Kalau hatinya tidak tenteram. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |