| Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Baik beralas baik tidak, Kain pelikat di atas peti; Baik balas baik tidak, Sudah ikhlas dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang sekali lepas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang berhati ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |