Kalau kail tidak bermata, Manakan boleh mendapat ikan; Kalau kecil tidak berguna, Mana boleh selamat kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Walaupun kail tidak berumpan, Kerana letih dipasang juga; Walaupun kecil tidak sepadan, Kerana kekasih dipinang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sifat kayu kecil dan besar, Ada yang lurus ada yang tidak; Adat Melayu adil dan benar, Bila diputus pada yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |