Sungguh elok berbatang lebat, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bertaubat, Hidup tenang tak ada susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ayam kuning ekornya lebat, Ayam bertelur di dalam huma; Putih kuning si rambut lebat, Bolehkah tidak abang bertanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hamba tidak ke rimba lagi, Rimba lebat di seberang; Hamba tidak berubah lagi, Bulat hati adikku seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |