Cik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Putus bersambung engkau bayam, Pandan tidak berduri lagi; Putus bersambung engkau malam, Badan bercerai tidak lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana benang takkan putus, Kerana selalu disentak tarik; Bagaimana orang tidak merentus, Kerana bertemu awak mengusik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hanyutlah padi dibawa arus, Kerana talinya tidak berikat; Hanyutlah hati nyawa pun putus, Kerana kekasih tak mahu dekat. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |