Bila itik beranak dua, Tentu selalu di dekat kandang; Bila adik tidak setia, Tentulah malu melihat abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya naik perahu, Bila gelombang tidak reda; Apa gunanya adik menunggu, Bila abang tidak setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Penat sahaja membeli badik, Badik dibeli tidak berbaja; Penat sahaja menanti adik, Adik menanti tidak setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buluh aur jangan dibelah, Titi dibuat berikat akar; Teguh setia tidak berubah, Janji ikrar jangan bertukar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tidak tahan menanggung malu, Mati Dang Aisah dicerut rambut; Begitu cerita Spaoh dulu, Cerita dogeng masih disebut. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Ini kuih baulu, Ini kuih meruku, Tidak kira bulu, Inilah bangsaku, | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |