Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |