Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sejak bulan tidak mengambang, Alam terang menjadi gelap; Sejak tuan tak sudi datang, Hatiku bimbang tak tidur lelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Banyak orang mencari kalung, Tidak peduli bulannya terang; Banyak orang mencari untung, Tidak peduli merugikan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah kana daun selasih, Dari Seberang Kampung Pedawan; Bagaimana hati tidak sedih, Bulan terang dilindung awan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Terbang balik waktu pagi, Lewat malam terang bulan; Orang beriman tidak kan rugi, Kasih Allah tidak batasan. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Terang bulan hatiku rawan, Pukul rebana bergotong-royong; Jika lupa langit berawan, Tidak lupa sedia payung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |