Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tidaklah

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(42)
Peribahasa

Anak orang,
     anak orang juga.

Bermaksud :

Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.

 

Lihat selanjutnya...(10)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(28)

Pantun

PantunSumberTema
Terpelihara aurat tidaklah malu, Terpelihara lidah takkan bercabang; Terpelihara adat takkan berseteru, Terpelihara tingkah takkan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Talinya sumbang tidaklah kena, Pukul gendang sambil berdiri; Abang ikut barang ke mana, Adik nak bawa rumah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari mana tidaklah ke mana, Dari rumput berdaun padi; Bulan mana tahun pun mana, Dendamlah luput di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Kuikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Mata melihat hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mencabut tebu tidaklah mudah, Banyak sekali duri lalangnya; Menuntut ilmu tidaklah mudah, Banyak sekali jadi penghalangnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendakkan padi katakan padi, Tidaklah saya tertampi-tampi; Hendak sudi katakan sudi, Tidaklah saya ternanti-nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang mengirik padi; Tidaklah berjagung padi disukat; Banyaklah orang nan baik budi, Tidak seagung Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345

Kembali ke atas