Tikus mondok tikus tempang, Makan dia atas para; Gadai golok gadai parang, Nak melepas rial belanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tikus mondok berbaju kemeja, Naik ke balai memetik kecapi; Adik tunduk malukan siapa, Malu ke abang belum biasa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daripada tikus elok pelanduk, Pelanduk dapat berjalan malam; Daripada kurus eloklah gemuk, Gemuknya dapat dibuat tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus pergi terkencing, Matanya lekat memandang labu; Awak kurus bini meranting, Bila berdekat tulang beradu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus meratap dinding, Dikejar musang terberak-berak; Awak kurus cakap melenting, Ditampar orang tulang berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus jalan beriring, Makan jengkol mata pun kantuk; Awak kurus badan meranting, Makan sebakul manakan gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus mati tercampak, Memanjat pohon ditepi sungai; Awak kurus berbini banyak, Lambat-laun mati meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus lari merajuk, Kaki tersepit di rumpun pulai; Awak kurus berbini gemuk, Sekali himpit jatuh terkulai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |