Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
timba (kata nama)
Bersinonim dengan baldi, cebok, gayung, sibur, takir, limas, ember;,
Kata Terbitan : menimba,

Puisi
 

Pergi ke perigi mengambil timba,
     Timba terletak tepi halaman;
Walaupun banyak kembang di rimba,
     Mawar di jambangan jadi idaman.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Dilelar timba ke perigi;
     tak sekali,
sekali pecah juga.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null nullPantun Melayu SarawakBerniaga
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang perahu beruang timba, Yang sauh tali berpaut; Yang berbau buang ke rimba, Yang keruh buang ke laut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untuk apa mengikat timba, Kalau tempayan sudah berisi; Untuk apa mengingat hamba, Kalau tuan sudah berisi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas