Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timur

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan diajak darat laut;
Hidup kita bersama mati,
     Bersama ajal dan maut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Laksana pencalang tersarat,
     tiada ke timur tiada ke barat.

Bermaksud :

Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Timur mari selatan mari, Jangan sahaja Barat Laut; Tidur mari sebantal mari, Kencang pinggang tetap dipaut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Angin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kencang-kencang angin ke Timur, Hendak belayar ke Benua Jawa; Dipanjangkan Allah apa ke umur, Hendak membeli gambar bernyawa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak raja berkirim surat, Dari timur sampai ke barat; Senjata lama dah dimakan karat, Mana tikam susah nak lekat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Mentango pepapan tiang, Mendengung dipikul ribut; Bintang timur mengarak siang, Adik tinggal dalam selimut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas