Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tombak (kata nama)
Bersinonim dengan lembing, cempuling, tempuling, seruit, tohok, arit, kujur, rontak, serampang, sikari, ganjur, jogan, temara, serunjang, tekpi, trisula, tiruk;,
Kata Terbitan : bertombak-tombakan, menombak,

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seligi tajam bertimbal,
     tak hujung pangkal mengena.

Bermaksud :

Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak bermain tombak, Tombak diikat dengan rantai; Kalau kutakut dilambung ombak, Tak ku berumah di tepi pantai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tombak disisip tidak berbingkai, Sumur di ladang panjang sedepa; Ombak di laut menyisir pantai, Nyiur melambai kepada siapa?Pantun Melayu SarawakKasih
Bagaimana tombak takkan tumpul, Bila selalu ditusuk ke batang; Bagaimana benak takkan mantul, Bila berguru mabuk bertunang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok tombak kerana disepuh, Buruk sepuh buruk matanya; Elok anak kerana diasuh, Buruk pengasuh buruk sudahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Kurang sepuh menjadi majal; Elok anak kerana diasuh, Kurang asuh pasti mendajal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Salah sepuh besinya lemah; Elok anak kerana diasuh, Salah asuh pasti menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja pilihan; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan belas kasihan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja yang keras; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan bekerja keras.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan besi berani; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas