| Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Hendak mati matilah ikan, Jala tetap direntang lagi; Hendak benci bencilah tuan, Hamba tetap datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Jikalau makan sudah kenyang, Mahu berjalan tiada halangan; Jikalau nyawa sudah melayang, Barulah tuan hamba lepaskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak pergi berjalan, Tentulah hamba menunggu rumah; Jikalau tidak menanti tuan, Tentulah hamba sudah menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tidak menjala ikan, Tentulah hamba menjala pari; Kalau tidak kerana tuan, Tentulah hamba sudah berlaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Untuk apa mengikat timba, Kalau tempayan sudah berisi; Untuk apa mengingat hamba, Kalau tuan sudah berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Walaupun lauk bersemut api, Kerana lapar dimakan juga; Walau menyorok ke perut bumi, Hamba kejar tuan ke sana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |