Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : anak perempuan raja, permaisuri raja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak raja yg perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Tuan puteri rambutnya perang,
     Mati ditikam Melayu jati;
Dulu terbilang batik Semarang,
     Sekarang dibuat basahan mandi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Tuan puteri mandi di taman, Mari turun ke bulan Rejab; Pertama arif lagi budiman, Satu soal tidak dijawab.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tuan puteri rambutnya perang, Mati ditikam Melayu jati; Dulu terbilang batik Semarang, Sekarang dibuat basahan mandi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Selendang mayang dari Bali, Pakaian anak tuan puteri; Jangan dikenang orang yang pergi, Orang yang dekat sudah menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Puteri bersiram berpakai kemban, Bersiram di kolam raja; Tuan umpama bunga yang kembang, Banyaklah kumbang datang memuja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batik Jawa kalungan puteri, Seribu Seribu benang kain Semarang; Jika tuan memencil diri, Susah senang diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Layang-layang hutan berduri, Madu kelapa dalam tempayan; Lagi tak hilang Bukit Puteri, Saya tak lupa kasihkan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas