| Ikan mati kerana tuba, Tuba dibuat di dalam hutan; Yang malang jangan dicuba, Hidup kelak binasa badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Yang susu dibalas kopi, Air tuba dibalas racun; Sedang merayu terlepas gigi, Hati kecewa selera turun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Cik Akob mengayak besi, Mari tuba di Pulau Lalang; Pujuklah dia hingga mati, Main muda alang kepalang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyaklah ikan mabuk terapung, Kerana terminum air tuba; Letaklah dan duduk bermenung, Kerana belum bertemu adinda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Ikan temenung ikan tenggiri, Ikan mati kena tuba; Duduk termenung seorang diri, Orang ditunggu tak kunjung tiba. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Anak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |