Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.bir] | توبير

Definisi : 1. tebing (jurang dll) yg curam, tepi atau pinggir (gaung, sungai, dll) yg dalam: ~ lurah; ~ sungai; 2. tepi sesuatu: ia meletakkan pung­gungnya di ~ ambin; ~ tayar kereta; 3. tempat yg paling dalam (di laut dll); 4. hampir dgn tepi sesuatu yg dalam: duduk terlalu ~ ke ping­gir jurang; 5. ki hampir kpd bahaya (maut dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.bir] | توبير

Definisi : 1 tebing yg curam; tepi atau ping­gir gaung, sungai dll yg dalam: ~ sungai. 2 tempat yg paling dalam di laut dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubir
Rujuk :tepi

Puisi
 

Petik selasih tumbuh di tubir,
     Masak nasi padi seberang;
Banyak kasih di tepi bibir,
     Kasih sejati memang jarang.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Petik selasih tumbuh di tubir, Masak nasi padi seberang; Banyak kasih di tepi bibir, Kasih sejati memang jarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak lalu pasang di tubir, Di belat dilakukan juga; Kalau tak lalu dondang di air, Di darat dilakukan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buluh betung ditebang rata, Banyak tercampak di tepi tubir; Sungguh beruntung orang buta, Tidak nampak orang mencibir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas