Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukit Tetagun Pulau Jerjak, Singgah semalam Padang Mat Sirat; Tubuh tembun badan pun segak, Mahu orang tak terpikat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pinang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji di Gunung Daik; Peluk tubuh rasa nak demam, Baru kutahu badan tak baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kampung Tupung Seman, Panglima Seman, Tempat berlabuh dagang, perahu dagang; Peluk tubuh demam, rasa nak demam, Baru tahu seorang, badan seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |