Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.gal] | توݢل

Definisi : batang kayu dll yg tajam hujungnya utk melubangi tanah utk ditanami (padi dll); padi ~ padi yg ditanam di tanah kering, padi huma; menugal membuat lubang dgn tugal di ladang dll (utk menanam padi, jagung, dll): setelah siap membakar kira-kira dua minggu mulai­lah ~; asal ditugal adalah benih prb sesuatu usaha itu tentu ada hasilnya; menugalkan menanamkan benih padi (jagung dll) dgn menggunakan tugal: demikian cara orang ~ bibit padi ladang; tugalan = padi ~ padi yg ditanam dgn cara menugal; tukai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.gal] | توݢل

Definisi : batang kayu dll yg tajam hujung­nya utk membuat lubang di tanah yg akan ditanami padi dll: padi ~ padi yg ditanam di tanah kering; padi huma. menugal membuat lubang dgn tugal di tanah kering utk menanam padi, jagung dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tugal


Pantun

PantunSumberTema
Besar tugal besar lubangnya, Tiap tahun duduk berladang; Besar bual besar malangnya, Lambat-laun masuk ke lubang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana tugal disangka antan, Banyaklah orang tidak ke ladang; Kerana bilal lupakan azan, Banyaklah orang tidak sembahyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Biarlah orang mencabut benta, Kita mencabut tugal di darat; Biarlah orang berebut harta, Kita berebut amal ibadah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau sudah bekerja ladang, Jangan lupa menyimpan tugal; Kalau sudah dituakan orang, Jangan pula melupakan asal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apa tanda lading darat, Menanam padi dengan tugal; Apa tanda orang beradat, Faham berbudi tekun beramal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas