Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bulan puasa orang bertaubat, Meminta ampun kepada Tuhan; Patah cinta hatiku lumat, Eloklah pergi membawa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Amerika dilanda taufan, Bala tanpa sempadan; Lupa kuasa Tuhan, Hidup tiada haluan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Katak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asam pauh masak laksa, Buat pengat hiasan berbunga; Sesungguhnya Tuhan maha kuasa, Kupohon rahmat pertolongan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |