Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang naik terus ke atas, Pergi untuk melapangkan dada; Orang baik tulus dan ikhlas, Laki bangkok ditimangnya juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kata adat kata muafakat, Muafakat putus pantang dianjak; Kita seadat sama sesifat, Sifat tulus terbilang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |