Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumpang;

Puisi
 

Hisap rokok tembakau Jawa,
     Asap keluar berbunga-bunga;
Tumpang bertanya si baju kasa,
     Tumpang bertanya siapa nama.


Lihat selanjutnya...(35)

Pantun

PantunSumberTema
Tumpanglah tumpang Pulau Kuraman, Saga-saga pancung sekali; Tinggal kampung tinggal halaman, Ada telaga bekas kumandi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ribut-ribut tumpang kereta, Ayam tergolek di dalam belanga; Orang berebut sama sebangsa, Tak molek secara mana.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Hendak memagar memagar bangat, Tumpang padi jerami tinggi; Hendak berkhabar khabarlah bangat, Tumpang kami ada di sini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak saudagar pergi berdagang, Tumpang belayar perahu Melayu; Kapal belayar muatan kurang, Kena gelombang tenggelam lalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tuai padi selasih dulang, Saya tumpang secawan baja; Buah hati dimaklum orang, Saya menumpang kawan saja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sebut budak bapa budak, Pandir datang tumpang bermalam; Ribut tidak angin pun tidak, Air berkocak di dalam kolam.Pantun Melayu SarawakKasih
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir putih pasirnya panjang, Boleh tidak tumpang berhenti; Adik putih lehernya jenjang, Boleh tidak kutumpang mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas