Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pa.ngan] | تومڤڠن

Definisi : 1. sesuatu yg ditumpangkan (utk diurus, dikirim, dibawa, dll); 2. tempat menumpang yg ditumpangi (rumah, kapal, perahu, dll): ia sedang duduk berehat-rehat di serambi luar rumah ~nya; enam hari lamanya sahaya dalam negeri Alfiah itu, sebab hendak menantikan kapal ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pa.ngan] | تومڤڠن

Definisi : 1 se­suatu yg ditumpangkan utk dibawa, dikirim dll. 2 tempat menumpang utk sementara waktu: rumah ~ rumah tempat menginap atau tempat menum­pang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumpangan


Pantun

PantunSumberTema
Bertiup angin dalam jambangan, Petik bunga kembang melati; Hidup ini rumah tumpangan, Balik kita kepada Rabbulizzati.Pantun Melayu SarawakAgama
Bawa mari ke kedai Cina, Kerana itu buah dagangan; Hidup kita biar sempurna, Kerana dunia ini adalah tumpangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas