| Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Perahu layar patah tiangnya Ditiup angin bertambah larat; Malu berlayar susah tunangnya, Hidup miskin dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Yang hari bertambah teduh, Kerana siang hujan berangin; Yang pergi bertambah jauh, Kerana tunangnya sudah kahwin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Burung terbang kerana sayapnya, Sayap Iebar terbangnya tinggi; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap besar tunangnya mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Wakil bukan sebarang wakil, Wakil mutlak memegang janji; Degil bukan sebarang degil, Degil memekak tunangnya lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |