Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tutup;

Puisi
 

Tumbuk tepung jangan dicuci,
     Buat bubur dalam belanga;
Tutup pintu jangan kunci,
     Abang nak masuk tidur sama.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tutup lubang,
     gali lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Tutup bukan sebarang tutup, Tutup kuali dari tembaga; Hidup bukan sebarang hidup, Hidup berbudi matinya mulia.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kami hendak pergi mengail, Tutup rumah kain kasa; Tsunami ibarat kiamat kecil, Cukup sudah seksa dirasa.Pantun Melayu SarawakAgama
Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuk tepung jangan dicuci, Buat bubur dalam belanga; Tutup pintu jangan kunci, Abang nak masuk tidur sama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak susu linggang-linggang, Putik belimbing diketu-ketu; Tutup pintu renggang-renggang, Petik dinding terbukalah pintu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina pergi ke kota, Pakai mari kain cukin; Besar gunanya api pelita, Rupamu boleh tutup miskin.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Naik ke bukit menggali halia, Baik sekali ke tulang belut; Jika jadi dengan adinda, Cik adik bergurau si bulan tutup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas