Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Makan tebu buku ditaruh,
     Buat ubat masuk cendawan;
Bukit beradu gunung bertaruh,
     Riuh-rendah mambang di awan.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak ubat perkara ubat, Tidakkan tertudung ubat berjampi; Banyak sahabat perkara sahabat, Tidakkan seagung sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Guruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ubat tidur serasa sabun, Sekali cuba terasa anyir; Urat kendur mata pun rabun, Berbini muda kerja membazir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bawalah ubat yang tersedia, Digiling halia berlumat-lumat; Banyaklah sahabat yang setia, Paling setia sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah ubat dari halia, Ditetak halia dikerat empat; Banyak sahabat berhati mulia, Tidakkan semulia sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Walaupun manis rasa manisan, Ubat yang pahit jangan dibuang; Walaupun habis nyawa di badan, Niatku tidak akan bergoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang.Pantun Melayu SarawakNasihat
12345

Kembali ke atas