Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.jung] | اوجوڠ

Definisi : bp hujung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ujung

Puisi
 

Tak usah kaki dulang,
     Ujung galah saya simpaikan;
Tak usah di tangan orang,
     Tangan Allah saya ungkaikan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lurus bagai piarit.

Bermaksud :

Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Telunjuk lurus, kelingking berkait, b. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait). piarit = serampang, seruit.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ujung bukan sebarang ujung. Ujung belati dapat dicabut; Untung bukan sebarang untung, Untung berlaki dapat selimut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung bukan sebarang ujung, Ujung belati mencukur tajam; Untung bukan sebarang untung, Untung berlaki tidur setilam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang diberi simpai, Elok caranya tiangkan kuat; Untung malang menjadi lebai, Pendek doanya orang mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung tiang berbaji dua, Satu di atas satu di bawah; Untung malang berlaki tua, Layu di atas layu di bawah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ujung rasuk dimakan kumbang, Diganti lain kurang sesuai; Untung buruk badan terbuang, Pagi kahwin petang bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Makan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tak usah kaki dulang, Ujung galah saya simpaikan; Tak usah di tangan orang, Tangan Allah saya ungkaikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah buah berselang seling, Berangkai panjang ujung-ujungan; Banyaklah tuah orang nan juling, Pandai memandang serong-serongan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas