Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulam-ulam

Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam seronok berkuah sayur; Diam bukan sebarang diam, Diam merajuk dibawa tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam pucuk mentimun talang; Demam bukan sebarang demam, Demam dirasuk rayuan abang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam dibawa anak penggalas; Demam bukan sebarang demam, Demam cinta tidak berbalas. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam raja sangat perisa; Demam bukan sebarang demam, Demam kerana ingat adinda. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulam asam raba, Ambil buah pedada, Jika rajin mencuba, Peluang pasti ada.Pantun Melayu SarawakJati Diri
Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ulam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Ulam bukan sebarang ulam, Ulamnya pucuk pohon sempaya; Demam bukan sebarang demam, Demam dimabuk rayuan adinda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas