Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai membawa berakah; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai tempat bersandar; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai hilang sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai hilanglah nista; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai hati senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjadi suluh; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seia sekata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai eloklah laku; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seaib semalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai bertindak adil; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tidak mengganjil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai akhlak terpuji; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal bela-membela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai mengikut undang; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal tidak terkeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |