Naik ke bukit bekerja daya, Tempat orang menggaji kayu; Untung nasib takdir saya, Bunga kembang menjadi layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak raja menikam pari, Kulit siput di dalam bemban; Bukan saya lepas ke mari, Bawa untung nasib badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cantik memakai baju kurung, Pakai tudung kain sarung; Asyik mengenang nasib untung, Diri terkurung umpama burung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Awan berarak bergulung-gulung, Menderu angin dari seberang; Sudah nasib dilambung untung, Badan bercampak di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Nampak perahu terapung-apung, Cik Rasib tukang kemudi; Jangan selalu harapkan untung, Kalau tak nasib mana nak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |