Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pangkal pelepah yg lebar dan tipis (pd pokok palma spt pinang dll); rupa ~ disiat ki pucat benar; mengupih ki sudah tua benar (pakaian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata upih I

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Luruh upih pergam datang;
     suruh putih hitam datang.

Bermaksud :

Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan upih sebarang upih, Upih berisi mayang pinang; Bukan kasih sebarang kasih, Sehingga mati tidakkan hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan upih sebarang upih, Upih ini dibuat bungkus; Bukan kasih sebarang kasih, Sampai mati tidakkan putus.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan upih sebarang upih, Upih pinang tidakkan pecah; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih abang takkan berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hendak upih diberi upih, Tapi jangan upih yang layu; Hendak kasih kuberi kasih, Tapi jangan kasih cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang kata seludang; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya ulang-berulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau upih katakan upih, Kalau seludang jatuh melarat; Kalau boleh katakan boleh, Jangan saya terharap-harap.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bekal disimpan di dalam upih, Upih jatuh tepi perigi; Kekal setia kita berkasih, Kasih tidak berbelah bagi.Pantun Melayu SarawakKasih
Daun upih daun mengkuang, Buat menjemur ikan buntal; Bercerai kasih bercerai sayang, Dalam mimpi kita sebantal.Pantun Melayu SarawakKasih
Banyaklah upih dicari orang, Untuk pembungkus lempuk durian: Hendak kupilih kekasih orang, Mabuklah hamba duduk sendirian.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hilang upih berganti mayang, Sama banyak membawa faedah; Hilang kasih berganti sayang, Cintaku tidak pernah berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas