Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.hai] | واهاي

Definisi : sr kata utk menyatakan rasa sedih (menarik perhatian, memperingatkan, dll): ~, tidak ada pertolongan lagi, tidak ada harapan lagi!; ~ kawan, berhati-hatilah sedikit! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.hai] | واهاي

Definisi : kata seru utk menarik perhatian, menyatakan rasa sedih dll: ~ anak-anak muda, berhati-hatilah ketika memandu kereta! (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata wahai

Puisi
 

Sayang selasih pohonnya tinggi,
     Berdaun sehelai dimakan kuda;
Wahai kekasih hamba pergi,
     Ada umur berjumpa juga.


Lihat selanjutnya...(16)

Pantun

PantunSumberTema
Al-Hassani wal Hussain, Wahai cucu Rasulullah; Wafat Hassan tinggal Hussain, Hassan/Hussain Wafat perang sabillullah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kain batik dari seberang, Pakai anak Raja Surati; Wahai adik permainan abang, Tuan seorang penghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung jelatik burung kenari, Burung hinggap di taman bunga; Wahai adik orang bistari, Bolehkah hamba tumpang bertanya?Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kayu sepang mudik ke hulu, Masak minyak dalam belanga; Wahai cik abang tunggu dahulu, Emak balik baru nak tanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Racik-racik kayu cendana, Kayu kira di dalam puan; Wahai cik adik abang nak tanya, Boleh tak kita berjual pantun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di pohon jati; Wahai adinda kekasihku sayang, Kembali kasih si buah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang melayang, Singgah sebentar di pohon buluh; Wahai mari adikku sayang, Hatiku berasa haram tak luluh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas