Wak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Wak-wak mendayu-dayu, Anak sempilai dalam perigi; Kalau nak buang buangkan lalu, Jangan didendam di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Mat anak Wak Satong, Pandai melirik di kaki dulang; Lautan dalam boleh diharung, Inikan pula di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari redup menyemai padi, Wak Dolah menanam jagung; Kalau hidup tidak berbudi, Duduk salah berdiri canggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |