| Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Mustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Siap menyulam kain sutera, Kembang bunga rasanya kelat; Setiap warga sayangkan bendera, Kambang bangsa Negara berdaulat. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Pergi ke Arafah naik unta, Panas terik duduk berhenti; Kerajaan berbelanja berjuta-juta, Menyusun atur warga sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |