Yang peradang disuruh bertaubat. Supaya yang salah menjadi soleh: Orang penggamang disuruh memanjat. Celananya basah kencing meleleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang pelaut disuruh berenang. Mencari todak berserta kepiting; Orang penakut disuruh berperang, Tahi berserak mencurah kencing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh lalang batangnya bongkok, Tumbuh menepi dipalut lumut; Sungguh malang orang yang gemuk, Disuruh mendaki terkentut-kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ambil air dari perigi, Ada yang dijinjing ada ditatang; Belum disuruh sudah pergi, Belum dipanggil sudah datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |