Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju biru jahit bersulam, Dipakai anak yatim piatu; Baru dapat gaji semalam, Ceti menunggu di hadapan pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kak Sal berkirim salam, Kepada anak yatim piatu; Kalau sesat di hujung malam, Subuh sedia membuka pintu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Daun pandan mati layu, Boleh ganti bunga kelapa; Abang kata yatim piatu, Boleh cari ibu dan bapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak Cina pandai berbaju, Sudah berbaju berkancing pula; Alangkah hina yatim piatu, Sudah piatu miskin pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak beruk bermain batu, Makan lepat di tepi ladang; Awak buruk yatim piatu, Manakah dapat meraih bintang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mari diikat akar selawar, Daun pandan si mati layu; Adik kata abang yang tawar, Abang dagang yatim piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |