Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit pergi seberang, Padi muda dilurut kera; Sakit hati dikata orang, Tak boleh pagi petang kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Desa pergi ke laut, Hendak mencari ikan parang; Sakit hati rasa nak ikut, Takut kena tunang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang ke laut, Mari hinggap pokok jati; Orang bercakap sedap mulut, Kita mendengar sakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki tikam selumbar, Selumbar ada di kaki Wan; Sakit hati rasa nak khabar, Kalau khabar malulah kawan. |