Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh ter­hempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak­koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pecah menjadi kecil (bkn kaca dsb); hancur; remuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecai
Kata Terbitan : berkecai,

Puisi
 

Kain batik berkecai-kecai,
     Mana sekecai dimakan gagak;
Jangan saya terintai-intai,
     Kalau hendak ke mari dekat.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat.
Kurik Kundi Merah SagaKain batik berkecai-kecai, Mana sekecai dimakan gagak; Jangan saya terintai-intai, Kalau hendak ke mari dekat.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaKain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaBaju dipakai baju yang mana, Ingin serai rimbun ke daun; Tinggal sekejap sebulan rasa, Rasa berkecai beribu tahun.

Kembali ke atas