| Kurik Kundi Merah Saga | Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Nan tak di landai nan den landai, Nan tak dilandung pandan muda; Nan tak orang rasai nan den rasai, Nan tak rang tanggung den galas pula. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak udang, udang juga, Tak boleh dibuat anak tenggiri; Anak orang, orang juga, Tak boleh dibuat anak sendiri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung tekukur terbang ke Tana, Anak buaya di Tanjung Jati; Orang tak tegur hamba tak tanya, Begitulah susah di dalam hati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia. |