Kurik Kundi Merah Saga | Salam-salam wa alaikum salam, Sirih dilipat dengan di dalam; Apa jua khabar bunga di kolam, Pucuk menelek akar di dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Assalamualaikum salam, Kayu birah dimakan api; Siapa lalu semalam, Baju merah gelang di kaki. |
Kurik Kundi Merah Saga | Assalamualaikumlah salam, Sirih lipat pinang di dalam; Apa khabar bunga di kolam, Ada sekuntum kembang malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Baram terlalu bangat, Lama berkayuh sembilan hari; Berkirim salam minta selamat, Berkirim surat minta jumpai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bakawali akar seruntun, Mari disimpan di dalam kotak; Kirim salam di dalam pantun, Adakah sampai atau tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kail hitam panjang sembilan, Tiba di pasar tidak membeli; Kirim salam pada tuk besan, Saya menghantar tidak seperti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Rupat tempat bermalam, Sampan kolek muatan sarat; Kalau dekat kukirim salam, Kalau jauh kirim surat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belah permatang mengalir pergi, Pasir Mak Bayu dipukul ribut; Sembahlah datang salam ke mari, Pohon kasih seumur hidup. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. |