| Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi Bukit Sagumilang-milang, Tuang air di daun terkenang-kenang; Budi sedikit juga kan hilang, Seumur hidup jadi kenangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun pandan bunga melati, Rendam di air waktu pagi; Baik cari bidan yang reti, Anakku lahir tak lepas lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Daun mempelas berbalik-balik, Orang berdagang di pintu kota; Tidaklah belas melihat adik, Duduklah berendam si air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Banyaklah cabi menghisap daun, Kapas dihisap terlaga-laga; Meminta mandi dalam pangkuan, Meminta mandi si air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gertak sirih muda di ladang, Daun cengal dilirik-lirik; Kalau tak boleh adinda kucadang, Air sungai berbalik mudik. |