Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung kembang tak jadi, Jatuh berserak di rumpun buluh; Hancur hati kerana budi, Di dalam air badan berpeluh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi gunung si Karamayan, Kulihat kapal jauh berlabuh; Menangis badan kesunyian, Air mata tiada teduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam. |